Pertandingan Lagu Eurovision

Pertandingan Lagu Eurovision (Bahasa Inggeris: Eurovision Song Contest; Bahasa Perancis: Concours Eurovision de la chanson),[1] atau juga dikenali secara ringkasnya sebagai Eurovision, merupakan pertandingan TV antarabangsa tahunan paling lama penyiarannya, yang telah bersiaran selama 63 tahun (2018) dengan penglibatan melebihi 40 buah negara yang bertanding.[2] Ia telah diadakan, terutamanya, di antara negara-negara anggota Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU) sejak tahun 1956. Pertandingan tersebut adalah berdasarkan Festival Muzik Sanremo yang telah diadakan di Itali sejak tahun 1951.Setiap negara yang bertanding akan menghantar sebuah lagu asal untuk dipersembahkan menerusi siaran langsung di televisyen dan radio, yang kemudiannya akan mengundi untuk lagu dari negara lain bagi penentuan pemenang. Pertandingan ini telah diadakan setiap tahun sejak tahun 1956 dan menjadi salah satu program televisyen paling lama bersiaran di dunia. Ia juga merupakan salah satu upacara bukan sukan paling banyak ditonton di dunia,[3] dengan jumlah penonton beberapa tahun kebelakangan ini mencecah di antara 100 juta dan 600 juta.[4][5] Eurovision turut disiarkan di beberapa buah negara di luar Eropah yang tidak bertanding seperti di Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan China. Pengecualian dilakukan pada tahun 2015 apabila Australia dibenarkan bertanding sebagai peserta jemputan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun program ini yang ke-60 tahun.[6][7][8] Pada November 2015, EBU mengumumkan bahawa Australia dijemput kembali sebagai peserta pada tahun 2016 setelah kejayaan mereka pada tahun 2015.[9] Australia terus bertanding bagi tahun 2017 dan 2018.[10] Sejak tahun 2000, pertandingan ini juga boleh ditonton menerusi laman web Eurovision.[11]Pemenang pertandingan ini kebiasaannya akan menerima ransangan jangka pendek bagi kerjaya mereka, dan jarang bagi kejayaan masa panjang.[12] Namun begitu, terdapat juga yang menerima kejayaan jangka panjang seperti ABBA (pemenang tahun 1974 untuk Sweden), Bucks Fizz (pemenang tahun 1981 untuk United Kingdom), dan Céline Dion (pemenang tahun 1988 untuk Switzerland), yang mana mereka berjaya di seluruh dunia selepas memenangi pertandingan ini.Ireland memegang rekod sebagai negara paling banyak memenangi kejuaraan dengan kemenangan sebanyak tujuh kali. Menerusi sistem pengundian semasa, Salvador Sobral dari Portugal yang memenangi Eurovision pada tahun 2017 di Kiev, Ukraine menjadi pemenang dengan jumlah mata tertinggi iaitu sebanyak 758 mata. Bagi sistem pengundian terdahulu, di antara tahun 1975 sehingga 2015, pemenang dengan jumlah mata tertinggi adalah Alexander Rybak dari Norway dengan 387 mata pada tahun 2009.

Pertandingan Lagu Eurovision

Lagu penutup Te Deum: Marche en rondeau (prelud)
Bahasa Inggeris dan Perancis
Syarikat pengedaran Eurovision
Lagu pembukaan Te Deum: Marche en rondeau (prelud)
Format gambar
Juga dikenali sebagai
  • Eurovision
  • ESC
  • Melodi Grand Prix
  • Eurosongfestival
Penggubah lagu tema Marc-Antoine Charpentier
Syarikat penerbitan European Broadcasting Union
Lokasi Dihoskan oleh pemenang terdahulu (dengan beberapa pengecualian)
Tempoh siaran
  • 2 jam (separuh akhir)
  • 3 jam 45 minit (akhir)
  • 4 jam (2015)
Siaran asal 24 Mei 1956; 63 tahun yang lalu (1956-05-24) – kini
Pencipta Marcel Bezençon
Bilangan episod 63
Rancangan berkaitan
Genre Pertandingan lagu

Rujukan

WikiPedia: Pertandingan Lagu Eurovision http://www.ebu.ch/departments/television/pdf/Winne... http://www.ebu.ch/en/ebu_members/admission/index.p... http://www.ebu.ch/en/technical/trev/trev_291-edito... http://www3.ebu.ch/about http://escxtra.com/2015/05/21/australia-may-become... http://www.guinnessworldrecords.com/news/2015/5/eu... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://english.aljazeera.net/archive/2006/05/20084... //doi.org/10.1016%2F0378-8733(95)00253-k //doi.org/10.1177%2F000169939603900303